«

»

Tips & Panduan Membeli Rumah Lelong

Assalamualaikum salam hormat salam ceria salam sejahtera,

Tulisan kali ni saya nak cerikan sedikit mengenai rumah lelong oleh mahkamah. Rasanya jika dilelong oleh pelong berlesan hampir sama prosesnya. Saya ringkaskan supaya ianya mudah dibaca.

A. Sebelum Tarikh Lelong

  1. Dapatkan alamat rumah
  2. Pergi lihat sendiri rumah yang hendak dilelong.
  3. Anggarkan kos yg terlibat untuk baik pulih.
  4. Buat carian hak milik di pejabat tanah.
  5. Semak tunggakan bil maintenance, bil air, bil elektrik, indah water jika rumah tinggal.
  6. Dapatkan salinan surat pengisytiharan lelong oleh mahkamah daripada agen pelelong. (Segala syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan ada dalam surat tersebut).
  7. Sediakan bank draf 10% daripada harga rizab rumah. (Pastikan tiada kesalahan ejaan pada bank draf)
  8. Semak kelayakan pinjaman bank anda. (Jika mahu membuat pinjaman dari bank)

 

B. Semasa Lelongan

  1. Datang awal sebelum waktu lelongan.
  2. Bawa kad pengenalan asal
  3. Bawa bank draf
  4. Sediakan RM 100 untuk tujuan mati setem. (Jika menang)
  5. Letakkan HAD harga bidaan iaitu harga yang kita mampu. Jika melebihi had tersebut, tarik diri dari membida.
  6. Bawa duit lebih (tunai) untuk membayar beza 10% daripada harga belian.

Contoh:
* harga rezab: RM60,000
* bank draf: RM6,000

* harga rumah selepas menang lelong: RM68,000
* 10% x RM68,000 = RM 6,800
* Bayaran tambahan yang perlu dibayar tunai selepas menang lelong: RM6800 – RM6000 = RM800

C. Selepas lelongan

  1. Mohon pinjaman (jika tiada tunai)
  2. Lantik peguam (bayar tunai ataupun melalui pinjaman bank) untuk proses tukar hak milik. Bagi mengurangkan kos, lantik peguam yg sama untuk pinjaman perumahan dan urusan tukar hak milik.
  3. Jelaskan baki harga rumah kepada bank pelelong dalam tempoh 90 hari atau 120 hari.
  4. Sediakan kos khidmat peguam. Kebiasaannya 6% drpd harga rumah jika melalui peguam bank dan 3% jika peguam sendiri.
  5. Selepas penukaran hak milik selesai, rumah telah menjadi milik anda dan anda boleh mengerjakan rumah tersebut ;)

Tips membeli rumah lelong:

  1. Cuba elakkan membeli rumah lelong yang ada penghuni asal. (Jika mahkamah lelong tiada masalah)
  2. Semasa tarikh lelongan, anda masih boleh tawar menawar dengan pembida lain sebelum waktu lelongan.
  3. Anda boleh baca mengenai maklumat rumah dan syarat-syarat berkaitan pembayaran dan tanggungan di dalam surat pengisytiharan lelong.
  4. Pastikan harga rumah lelong di bawah nilai harga pasaran.
FacebookTwitterBlogger PostEmailShare