«

»

Pinjaman Perumahan Kerajaan VS Pinjaman Bank

Pernahkah anda tertanya antara pinjaman perumahan kerajaan dengan pinjaman bank yang mana pilihan terbaik?

Daripada pengetahuan saya, kadar faedah pinjaman perumahan kerajaan adalah 4% dan bank dengan kadar faedah antara 5%-7% bergantung kepada jumlah pinjaman.  Kadar faedah bagi pinjaman perumahan setiap bank adalah tidak sama.

Kelayakan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Gaji Bulanan Hakiki(RM) — Kelayakan Pinjaman(RM)
6,500 dan ke atas — 450,000
5,500 ke 6,499 — 420,000
4,500 ke 5,499 — 400,000
3,500 ke 4,499 — 380,000
3,000 ke 3,499 — 320,000
2,500 ke 2,999 — 280,000
2,000 ke 2,499 — 255,000
1,500 ke 1,999 — 205,000
1,200 ke 1,499 — 168,000
1,000 ke 1,199 — 130,000
800.00 ke 999 — 105,000
799 dan ke bawah — 80,000

Sumber: http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=223&Itemid=140&lang=ms

Syarat-syarat Asas

  1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  2. Warganegara Malaysia
  3. Borang permohonan dikemukakan 6 bulan sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  4. Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  5. Telah disahkan dalam jawatan
  6. Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  7. Pembelian harta di Sabah dan Sarawak mesti melalui BPP cawangan di Sabah dan di Sarawak
  8. Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  9. Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
  10. Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Jenis-Jenis Pinjaman

  • JENIS I: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP
  • JENIS II: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI
  • JENIS III: MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN
  • JENIS IV: MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH
  • JENIS V: MENYELESAIKAN HUTANG PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN
  • JENIS VI: MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON YANG DIBELI MELALUI PINJAMAN KERAJAAN
  • JENIS VII: MEMBUAT KERJA UBAHSUAI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN

Sumber: http://bpp.treasury.gov.my/web/index.php?option=com_content&view=article&id=223&Itemid=140&lang=ms

Laman web:  http://bpp.treasury.gov.my

FacebookTwitterBlogger PostEmailShare